Kenduri mewah dan hutang, wang punca pasangan Islam bercerai

Kenduri mewah dan hutang, wang punca pasangan Islam bercerai

 

Berbelanja mewah untuk majlis perkahwinan besar-besaran, diikuti beban hutang, antara faktor berlaku penceraian pasangan muda di Kelantan.

Pasangan ini, yang kebiasaannya bermasalah kewangan, terpaksa menanggung hutang selepas membuat pinjaman untuk perkahwinan.

Kenduri mewah dan hutang, wang punca pasangan Islam bercerai

Kenduri mewah dan hutang, wang punca pasangan Islam bercerai

“Kos kehidupan pada hari ini semakin meningkat jadi dengan sumber kewangan yang terhad ia mempengaruhi emosi dan hubungan suami isteri tersebut yang tidak baik,” kata seorang jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) kepada Kosmo!.

Sementara di Perlis, exco keluarga dan masyarakat Rela Ahmad berkata masalah kewangan trut menjadi faktor utama penceraian di negeri itu.

“Sebahagian besar kes berpunca daripada suami gagal memberi perbelanjaan yang cukup atau suami tiada pekerjaan tetap.

“Terdapat kes isteri sarat mengandung diceraikan serta ditinggalkan bersama anak-anak kecil begitu sahaja,” katanya seperti dilaporkan.

Rela berkata ada juga isteri yang tidak tahan hidup merana tergamak mengikut lelaki lain demi kehidupan lebih baik.

Akhbar itu sebelumnya melaporkan sebanyak 38,035 pasangan Islam bercerai sepanjang Januari hingga Ogos tahun lalu.

Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), lapor akhbar itu, statistik itu menunjukkan secara purata 156 pasangan bercerai setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.

Pasangan-pasangan yang ingin bercerai memberikan alasan-alasan, antaranya, berebut rancangan televisyen dan lupa pam tandas.

Alasan lain, lapor Kosmo! semalam, termasuklah anak demam dan tidak sihat, tidak suka isteri makan dalam kereta, tidak suka cara pasangan menjemur baju dan punggung isteri menggerutu.

Sumber : Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post