Kerana Servis Teruk Pihak Pengurus FizoMawar Kitchen Private Msg , Ini Kandungan Tersebut

Permohonan Maaf FizoMawar Kitchen Terhadap Review Emas Putih | Salam. Beberapa hari lepas sejurus entry uzu berkaitan dengan Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan ! , pihak Fizo Mawar Kitchen telah pun PM uzu personally kat facebook mengenai entry uzu tu. So meh meh baca..

Salam saudari uzu aka emas putih.sebelum tu nak ucapkan bebanyak trima kasih kpd anda yg sudi dtg dan menyokong kami di fizomawar kitchen.amatlah kami hargai.
Sya terima secara terbuka komen drpd anda sbgai customer.dan kami perlukan respon yg jujur dr customers utk penambah baikan team kami.tq  diatas komen yg jujur dr anda kpd pihak kami.
.
Izinkan sya utk menjelaskn situasi kami dan bukannya alasan drpd pihak kami.kami akui kelemahan drpd pihak kami yg menimbulkan ketidak selesaan anda.

Utk pengetahuan anda,kami beroperasi baru shaja 2 mggu dan ini merupakan cawangan yg pertama.jd masih byk kelemahan yg kami cba improve even fizo dan mawar sendiri pun setiap hri berada di kedai utk monitor staff yg lain utk dptkn yg terbaik dan puaskan hati customers.kebetulan pun sistem POS yg kami gunakan tidak berfungsi.jd kami terpaksa menggunakan manual utk memenuhi permintaan customers.jd sbb tu lah terjadi kes misunderstanding dlm amik order dan deliver food...

Utk pengetahuan saudari sbgai blogger yg hebat staff kami sdh pun hampir 30 orng utk beroperasi.dah terlebih ckp sbnrnya.tp mgkn rata2 dr mereka xde pengalaman lg.thats y agak kelam kabut tu...

Atleast kami memberi peluang pekerjaan kpd orng kita dan setakat ini FIZOMAWAR kitchen tidak mggunakan pekerja asing kerana msh ramai lg orng kita yg xde pekerjaaan.sekurang2 nya kami boleh sesama berkongsi rezeki yg halal.

Soal review atau komen drpd pihak saudari hamba allah yg mulia ni xsalah pun.sya faham itu hak anda sebagai customers.ia nya telah pun viral dan memberi impak negative kpd kami.ada yg mula share di media sosial dan juga hentam kami.

Mgkn pd anda satu benda yg remeh dgn hanya menulis.tp ianya bergantung pd niat kita.hanya anda dan  allah swt je yg tahu apakah tujuan yg sebenar.

Alangkah baik nya sekiranya kita sesama kita trus menyokong dan melihat bangsa kita maju bersama n dpt berkongsi rezeki sesama kita?
.
Komen n review xslh pun...setiap perbuatan bermula dgn niat,sekiranya niat baik pasti akn memberi hasil yg positive kpd semua.

Sya bg pihak fmk lg skali memohon maaf diatas kekhilafan drpd pihak kami yg belum sempurna dan kami anggap ini proses pembelajaran kami.insyallah kami akn improve dan sekiranya semuanya dah lancar insyallah kami akn jemput anda sebagai tetamu vvvip kami utk dilayan sebaik mgkn.

Sebagai tanda terima kasih dan memohan maaf drpd pihak kami..pihak fmk akn memulangkn kembali jumlah bill yg dikenakan kpd pihak anda.dan anda boleh dtg ke fmk utk dptknnya.

Sya pun dah panjangkn kpd tuan fizo omar dan puan mawar mengenai hal ini.pihak kami berminat utk berjmpa dan berbincang dgn saudari sbgai blogger yg berpengaruh ini.mgkn kita boleh berkerjasam di masa hadapan.

Semoga bakat kurniaan drpd allah swt kpd saudari digunakan sebaik mgkn utk terus memberi manfaat kpd makhluk allah yg lain.

Apa2 pun tahniah diucapkan kpd anda diatas review anda yg dpt memperbaiki kelemahan pihak kami dan juga memberi 'impak' kpd kami apabila ianya sudah viral.

Semoga anda terus diberkati dan bakat yg dianugerahkan dpt memberi manfaat kpd semua.

Terima kasih

So selepas membaca dan uzu pun reply dengan permohonan maaf jika review uzu telah menjejaskan dan mendatangkan kesan negatif kepada FMK .. Entry tu telah pun mendapat 10k + view dan ianya menjadi vral kejap. Apa pun, setiap orang ada pandangan masing-masing, ada pengalaman masing-masing. Semoga entry tersebut boleh membantu pihak FMK untuk memperbaiki kekurangan mereka agar terus maju dimasa akan datang..Ok lah.. Sekian terima kasih :)

KREDIT

Post a Comment

Previous Post Next Post