KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis mengesan individu yang menyunting dan menyebarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dianggap mengaibkan itu di laman sosial.
"PCIRC @PDRMsia kesan @DJStarscreamx dan soal di mana dia perolehi gambar PM yang mengaibkan ini," katanya di laman Twitter selepas selesai Solat Jumaat tadi.
"PCIRC @PDRMsia kesan @DJStarscreamx dan soal di mana dia perolehi gambar PM yang mengaibkan ini," katanya di laman Twitter selepas selesai Solat Jumaat tadi.
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, DJ Star Screamx itu diedit oleh seorang pengguna Facebook, Wak Rico Rock Kapak, yang dipercayai bertujuan memburukkan nama Najib dengan caption "Qu Samun, Qu Samun, Barulah Penyamun!".
Gambar asal Datuk Vida, pengasas produk kosmetik Qu Puteh, telah ditukar wajahnya dengan wajah Datuk Seri Najib.
Difahamkan, Ketua Polis Daerah Kajang telah bertindak menyiasat dan mengesan individu terbabit.
Tags:
BP