Sumbat RM20 Dalam Kemaluan Mangsa Rogol

KUCHING - Seorang wanita terpaksa melalui detik-detik hitam apabila dia telah diberi dadah dan dirogol oleh saudara rakan serumahnya pada malam Rabu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam di rumah sewa di Taman Seng Goon itu, mangsa berada di rumah bersama dengan saudara rakan serumahnya.

Suspek yang berusia 31 tahun itu telah merempuh masuk ke dalam bilik dan menyerang mangsa. Mangsa cuba meronta-ronta menyelamatkan diri namun gagal berbuat demikian kerana tidak terdaya melawan kudrat suspek. 

Suspek mengacukan pisau dan memberi amaran kepada mangsa agar tidak bertindak bodoh, sebelum mengikatnya dengan tali pinggang. Mangsa dipaksa menelan beberapa biji pil oleh suspek dan tidak beberapa lama selepas itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Suspek mengambil kesempatan itu terus merogol mangsa beberapa kali sehingga pagi keesokkan harinya.

Sebagai tanda 'terima kasih', suspek meletakkan wang kertas RM20 di kemaluan mangsa.

Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Dev Kumar dari Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, berkata, suspek telah ditahan di rumahnya di Kampung Mongkos, Tebakang semalam. Polis juga turut menemui pisau dan tali pinggang yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

Difahamkan, suspek bertindak demikian kerana kecewa dengan hubungannya bersama bekas teman wanita gagal diselamatkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sebanyak 149 kes rogol yang dilaporkan di Sarawak pada tahun lalu, yang mencatatkan peningkatan sebanyak lima kes atau 3% berbanding tahun 2014.

Beliau berkata, majoriti kes yang dilaporkan adalah kes rogol statutori yang melibatkan mangsa bawah umur.

Post a Comment

Previous Post Next Post