Komen Rita Rudaini Apabila Fasha Sandha Cerai
Rita Rudaini turut memberi komen dan melahirkan rasa simpati apabila rakan artis, Fasha Sandha telah bercerai dengan suaminya iaitu Jejai.
Rita Rudaini yang juga ibu tunggal menyatakan, sebagai wanita yang pernah mengalami nasib serupa, dia turut sedih dan terkesan.
Ini komen Rita:
"Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.
"Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat,"
"Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun.
"Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan,”.
"Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak,"
Rita Rudaini berharap Fasha Sandha terus tabah dan cekal meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
Sumber: Metro
Tags:
BM