SERANGAN letupan di beberapa tempat di Jakarta, Indonesia mencetuskan panik dalam kalangan warga negaranya.
Setakat ini enam orang disahkan maut dalam kejadian nekad tersebut.
Sebuah balai polis di tepi jalan raya utama rosak selepas enam letupan kedengaran sementara wartawan AFP melaporkan melihat tiga mayat bergelimpangan di jalan utama Jakarta berikutan letupan itu.
Kejadian tembak-menembak juga dilapor berlaku di sekitar kawasan Sarinah Mall yang terletak di Jalan Thamrin. – Sumber MYNEWSHUB.CC
Seorang anggota polis yang cedera dibawa untuk mendapatkan rawatan.
Kereta perisai polis Indonesia mengawal kawasan pengeboman di Jakarta.
Pihak polis mengawal selia kawasan kejadian sebaik insiden letupan berlaku.
Pihak polis mengambil langkah berjaga-jaga.
Cafe Starbucks Coffee di Sarinah Mall yang terjejas dengan insiden letupan bom.
Kejadian tembak-menembak yang dipercayai berlaku di antara pihak polis dan penjenayah.
Seorang anggota polis berlari memasuki kawasan serangan pengganas.
Sepasukan polis menggempur kawasan letupan dilancarkan pengganas.
Antara senjata dan bahan letupan yang diperoleh polis Indonesia sususlan letupan di Jakarta.
Pekerja Sarinah Mall berlari keluar menyelamatkan diri sebaik letupan berlaku.