LAGI ! Pelanggan Tak Puas Hati Dengan Restoran FizoMawar ! Dedah Keburukan Restoran Ini !



LAGI ! Pelanggan Tak Puas Hati Dengan Restoran FizoMawar ! Dedah Keburukan Restoran Ini !
"Saya tidak akan menyarankan siapa-siapa untuk pergi ke restoran FizoMawar kerana....."



RM16.80, ini adalah harga yang saya perlu bayar untuk makanan dan minuman yang saya tunggu selama 32 minit. 

Saya tidak akan menyarankan siapa-siapa untuk pergi ke restoran FizoMawar. Sebenarnya baru balik dari tempat itu sebab baru saja habis meluangkan masa dengan kawan-kawan JomWeb di Bangi. 

Memandang saya datang ke sana seorang diri, waiter kata,

"Kalau makan seorang, encik tidak boleh duduk di bahagian penghawa dingin," katanya sambil menunjukkan kawasan yang tidak ada penghawa dingin. 


Selepas itu, bila saya tenung mata dia dan menunjukkan pada dia ada meja kosong di bahagian yang ada penghawa dingin, dia beralah dan membenarkan saya untuk duduk di situ. 

Bila saya memesan minuman yang diingini, mereka mengambil masa 29 minit untuk siapkan dan hanar pada saya. 

Restoran Murni rasanya lebih pantas hidang air walaupun jumlah pelanggannya berlipat kali ganda dari restoran FizoMawar ini. 

Makanan pula sampai di meja dalam tempoh 32 minit. Rasanya pula 'so-so' saja. Menu tersebut adalah antara menu utama. Bila dilihat pada rupa makanannya, rasanya boleh dihidangkan pada pelanggan lebih cepat sebab cuma nasi putih, ayam goreng berempah taruk bijan, kuah gulai dan sambal. Nothing kompleks sebab saya pun memasak juga di rumah. 

Waiter di Nasi Kukus My Mama pun boleh hidang lagi pantas. 

Fizo Omar ini kalau ikutkan media ialah seorang pelakon yang menceburi bidang 'motivasi' dan menjadi penceramah tentang keusahawanan. Katanya pengalaman beliau dalam bidang keusahawanan ini meluas dan sudah ramai orang yang datang mendengar ceramahnya. 

Tetapi untuk perniagaan Food and Beverages, saya rasa Fizo Omar perlu lebih banyak belajar, tutup mulut, buka telinga, buka hati dan buka minda kalau nak berjaya dalam perniagaan Food and Beverages. Ikut nasihatnya sendiri untuk berjaya, tak perlu nak sindir atau perli pelanggan anda.

Untuk menu berhaga RM16.80, makanan anda hanyalah biasa-biasa sahaja dan servis pun biasa-biasa sahaja. Hype saja lebih. Anda semua boleh membelanjakan RM16.80 di restoran yang menghidangkan makanan yang lebih enak dan servis yang lebih pantas. - Farid Nor

Post a Comment

Previous Post Next Post