Lepas Selangor, Aliff Syukri Terlajak Laris jumpa Pahang pula bincang penajaan

Lepas Selangor, Aliff Syukri Terlajak Laris jumpa Pahang pula bincang penajaan

 

Selepas berbincang dengan juara Piala Malaysia Selangor, pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Pahang bagi membincangkan berkaitan proses penajaan pasukan itu musim ini.

Justeru, dia yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ menegaskan perbincangannya dengan pengurusan pasukan Selangor, semalam hanya perbincangan awal dan belum mendapat keputusan muktamad sama ada mahu menaja pasukan itu atau sebaliknya.

Lepas Selangor, Aliff Syukri Terlajak Laris jumpa Pahang pula bincang penajaan

Lepas Selangor, Aliff Syukri Terlajak Laris jumpa Pahang pula bincang penajaan

Malah, Aliff Syukri turut mendedahkan betapa Kelantan yang kini sudah mendapat penajaan daripada seorang lagi pengasas produk kecantikan, Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman pernah menawarkannya untuk menaja pasukan itu. “Perbincangan (dengan Selangor) hanya sebagai perkenalan sahaja dan belum ada keputusan muktamad. Saya mahu melihat reaksi daripada pengurusan pasukan itu.

Banyak lagi tawaran daripada negeri lain dan saya perlu membuat pilihan terbaik. “Saya juga akan berjumpa dengan pengurusan pasukan Pahang dan saya perlu melihat potensi dan pilihan yang boleh memberi impak kepada produk saya kerana ia membabitkan modal besar.

“Kelantan juga pernah tawarkan kepada saya tetapi ketika itu saya tengah sibuk, tetapi untuk kali ini akan meneliti balik dengan negeri yang memberi tawaran kepada saya. Saya harap dapat membuat keputusan yang tepat,” katanya kepada BH Sukan.

Ditanya mengenai kemungkinan beliau turut akan mengenakan syarat terhadap pasukan yang akan ditaja nanti, Aliff Syukri berkata tiada syarat pelik dikenakan sehingga boleh merumitkan proses penajaan. “Ia belum sah dan syarat juga saya belum fikir lagi.

Buat masa ini saya boleh katakan tiada apa-apa syarat kerana saya tak nak merumitkan keadaan. Cuma pasukan yang ditaja nanti akan menjadi duta kepada produk saya dan harus menggunakan produk saya. Ditanya mengenai bila dia akan membuat keputusan muktamad dan pasukan idaman untuk ditaja, Aliff berkata: “Insya-Allah saya akan umumkan hujung bulan ini, tetapi kalau ada halangan kami terpaksa tangguhkan. Lagi cepat lagi bagus.”

Sumber : BH

Post a Comment

Previous Post Next Post