LINDA Hashim dan Beego beranggapan ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan nama anak mereka, Jelita Clarissa dan Anggun Cassandra, sebaliknya mereka yang berasa pelik dan aneh kenapa perkara itu menimbulkan pertanyaan di laman sosial.
“Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakan nama lain. Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami.
“Jelita Clarissa membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa maksud anggun yang prihatin. Sebenarnya banyak nama yang difikirkan sesuai.
Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat. Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih,” jelas Linda kepada mStar Online.
Tags:
OMG