Pihak Astro akhirnya secara rasmi telah melancarkan program Maharaja Lawak Mega 2016 musim terbaharu dan memperkenalkan barisan pelawak yang lain daripada lain kali ini.
Kali ini tiada lagi kelibat pelawak hebat seperti kumpulan Jozan, Zero ataupun Sepahtu. Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal, MLM 2016 kali ini menggabungkan pelawak daripada group lain menjadi satu team baharu.
"Sama seperti tahun sebelum ini, barisan peserta dipilih merupakan antara yang terbaik pernah dihimpunkan dalam sebuah pertandingan komedi di saluran ini. Bagi menambahkan kehangatan tersebut kami menggabungkan peserta daripada grup lain dalam sebuah kumpulan baharu."
"Kami yakin ia akan menarik perhatian penonton selain ia memberi kelainan memandangkan MLM sudah memasuki edisi kelima."
Antara pelawak yang bergabung adalah kumpulan LOL gabungan Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).
Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).
Juga terdapat kumpulan yang mewakili negara jiran seperti Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia. Ada juga dua peserta solo yang bakal bertanding iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.
Malah, peserta Gegar Vaganza 2 iaitu Ezad Lazim turut terlibat dalam MLM 2016 apabila muncul sebagai peserta kumpulan BOS bersama Ajo dan Abu.
Buat masa ini barisan juri masih belum diperkenalkan lagi dan AC Mizal masih kekal sebagai pengacara program tersebut. Tahun ini, temanya adalah “spy”.
MLM 2016 akan mula bersiaran pada 29 Januari ini jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Nampaknya barisan pelawak kali ini menampilkan mereka yang pernah terkeluar dan ada yang sampai di kerusi panas MLM. Mungkin ini satu peluang yang diberikan pihak Astro untuk mereka membuktikan bakat yang mereka ada untuk menghiburkan penonton. Sama-sama kita lihat jika peserta kali ini mampu mencetuskan fenomena.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |