“Menteri makan sampai perut pecah. Mana lapar!” – Bekas pemimpin pelajar UM selar sikap menteri salahkan mahasiswa

“Menteri makan sampai perut pecah. Mana lapar!” – Bekas pemimpin pelajar UM selar sikap menteri salahkan mahasiswa

 

Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM) menyindir menteri Kabinet yang menyarankan pelajar universiti bekerja untuk menampung kehidupan.

Fahmi Zainol berkata, saranan menteri Kabinet itu adalah tidak masuk akal berbanding teguran yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, yang mengatakan tugas mahasiswa adalah untuk belajar sahaja.

“Menteri makan sampai perut pecah. Mana lapar!” - Bekas pemimpin pelajar UM selar sikap menteri salahkan mahasiswa

“Menteri makan sampai perut pecah. Mana lapar!” – Bekas pemimpin pelajar UM selar sikap menteri salahkan mahasiswa

“Dahulu apabila mahasiswa berdemonstrasi, dikatakan tugas mahasiswa hanya untuk belajar. Sekarang? Suruh bekerja? Kenapa tak cakap peranan mahasiswa hanya fokus belajar dan mana boleh bekerja?

“Dilema mahasiswa sekarang ini, kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab asas mereka iaitu menyediakan pendidikan, kebajikan, keselamatan dan kesihatan buat rakyat. Akhirnya mahasiswa dipersalahkan,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, semalam.

Fahmi berkata, menteri Kabinet bersikap tidak adil terhadap pelajar universiti termasuk yang menerima biasiswa.

Katanya, biasiswa seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah naik sejak 10 tahun lalu sedangkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen menerima kenaikan baru-baru ini.
“Korang (Kamu) menteri tak apalah, makan sampai perut pecah. Mana pernah rasa lapar. Aku bagi analogi mudah saja, biasiswa JPA hampir 10 tahun tak pernah naik-naik, tapi harga teh ais , nasi lemak, teh oh ais dan maggi naik dalam tempoh 10 tahun.

“Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pun gaji ahli Parlimen dan ADUN naik. Malah belanjawan pendidikan 2016 pula dipotong? Di mana kesaksamaannya?” katanya.

Sumber : FMT

Post a Comment

Previous Post Next Post