Tak dapat rujuk punya pasal, lelaki sebarkan ‘khidmat seks’ palsu bekas isteri di Internet

Tak dapat rujuk punya pasal, lelaki sebarkan ‘khidmat seks’ palsu bekas isteri di Internet

Gara-gara enggan merujuk semula perkahwinan dengan bekas suami, seorang wanita terpaksa hidup dalam ketakutan selepas diganggu lelaki ‘hidung belang’.

Lelaki berusia 27 tahun tergamak menyebarkan gambar dan nombor telefon bimbit bekas isterinya di media sosial sejak sebulan lalu.

Susulan perbuatan bekas suami, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ain, 25, berkata dia diganggu bermacam-macam lelaki gila seks selepas difitnah sebagai wanita murahan di media sosial.

Tak dapat rujuk punya pasal, lelaki sebarkan 'khidmat seks' palsu bekas isteri di Internet

Tak dapat rujuk punya pasal, lelaki sebarkan ‘khidmat seks’ palsu bekas isteri di Internet

“[Saya] dituduh sebagai ‘bohsia’ dan boleh dilanggan untuk perkhidmatan seks oleh mana-mana lelaki,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Ain berkata tujuh laporan polis sudah dibuat terhadap bekas suaminya berhubung penyebaran iklan itu di media sosial.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan sudah menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber : FMT

 

Post a Comment

Previous Post Next Post