Mrsha Terima RM 1001 Mas Kahwin

                        marsha terima mas kahwin rm1001 daripada suaminya

Pelakon wanita Marsha Milan Londoh telah selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dengan suaminya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dan menerima mas kahwin berjumlah RM1,001.
Bagaimanapun, wang hantaran yang diserahkan kepada Marsha dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Pasangan mempelai ini melangsungkan majlis pernikahannya di rumah pengantin lelaki di Green Lane, Pulau Pinang.
Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran manakala pihak membalas dengan 9 dulang hantaran.
Majlis ini diraikan secara sederhana tetapi meriah yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat pengantin lelaki dan perempuan.
Dalam pada itu, Marsha juga telah memberitahu media sebelum ini yang dirinya telah memeluk Islam beberapa minggu dan sudah bertunang pada 14 Disember di Sabah.
Apa-apa pun semoga bahtera perkahwinan antara Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam bahgia dan berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin. Jom kita lihat foto-foto sekitar majlis pernikahannya yang bersahaja dan mesra.  
 
 
 
 
 
 
 
Sumber Mstar Online
Diolah Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Pada 1 Jan 2016

Post a Comment

Previous Post Next Post