KUALA LUMPUR: Semenjak syarikat kosmetik, Vida Beauty bersetuju menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, antara topik yang menjadi topik perbualan adalah warna tema merah jambu yang mahu diterapkan sebagai warna pasukan berkenaan.
Ia menerima pelbagai reaksi; ada yang tidak kisah, namun ramai yang sukar menerimanya memandangkan Kelantan sudah sinonim dengan warna merah.
Namun, penyokong bola sepak Kelantan hari ini boleh menarik nafas lega apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan warna merah tetap warna rasmi The Red Warriors.
Dalam satu kemaskini di Facebook semalam, Annuar menjelaskan warna merah jambu hanya akan digunakan pada jersi kedua pasukan, dengan warna merah masih menjadi warna rasmi jersi utama.