KUALA LUMPUR - "KKM? KDN? Are you sleeping?" demikian pertanyaan Megat, melalui laman Facebooknya semalam.
Megat mempersoalkan bagaimana Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri 'mengizinkan' iklan seperti itu disiarkan di papan iklan gergasi di Lebuhraya Plus Seremban - Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, rata-rata netizen bersetuju bahawa iklan makanan tambahan tersebut tidak bermaksudkan apa-apa yang lu-cah seperti yang disangkakan oleh Megat. Ini kerana, iklan itu tidak memaparkan gambar wanita seksi seperti yang digunakan oleh pengiklan yang lain.
"Bukan letak gambar perempuan tak senonoh pun. Gambar botol pun ada yang nak naik syahwat ke? Otak kalau dah kotor, pandang apa pun sebolehnya nak kaitkan dengan benda kotor. Otak negatif, hulur depan mata benda positif pun tetap nampak negatif.
"Typical Malaysian suka sangat fikir double meaning. Strategi pemasaran produk, tak salah pun tagline itu," kata mereka.
Ada juga yang mempersoalkan dari sudut peraturan, tagline yang digunakan oleh Dianz Vitamin itu adalah bercanggahan dengan undang-undang dalam pengiklanan.
"Ini bukan soal double meaning. Ini soal memberi maklumat yang salah kepada pengguna. Mana boleh claim hisap supplement itu terus menjadi cantik? Ini jelas sekali menyalahi undang-undang dalam pengiklanan," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
Tags:
HyM