Netizen Berang Selepas Tahu Cerita Sebenar

SHAH ALAM: Tindakan seorang remaja yang mereka-reka cerita kononnya diculik oleh van putih mengundang reaksi kurang senang di kalangan netizen hari ini.
Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14 sebelum ini menjadi perhatian selepas rakaman perbualan telefon dengan kakak angkatnya yang menggambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah van putih menjadi viral di media sosial.
Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizen berang dengan tindakan gadis berkenaan dan meminta PDRM mengambil tindakan tegas untuk memberi pengajaran kepada remaja lain.
Nora Mei Li berkata Ya ALLAH...budak ni kecik-kecik dah pandai menipu ikut boyfriend rupanya. Punyalah risau memikirkannya walaupun kita bukan mak bapaknya. Macamana perasaan mak bapak dia bila dengar keadaan sebenar. Boleh dia main-main...Nauzubillahminzalik.....
"Satu Malaysia kena tipu dengan budak ni. Bimbang lepas ni kalau lah ada berlaku kes culik yang benar-benar terjadi, tiada siapa lagi nak percaya. Tindakan budak ni membabitkan banyak pihak,' tulis Sa'adiah Abd Rahman
"Pihak yang brkenaan kena ambik tindakan yang sewajarnya atas budak remaja ini kerana kes seperti ini akan banyak menyusahkan rakyat Malaysia yang lain yang benar-benar terlibat dengan kes penculikan sebenar," tulis Zety Qarmila
Aziah Mat menulis remaja perempuan ini melakukan banyak kesalahan, perlu diambil tindakan untuk menyedarkan beliau dan memberi ingatan kepada remaja lain.
"Hantar sahaja ke pusat tahanan juvana sebagai pengajaran supaya mereka yang nak menipu ibu bapa dan orang ramai kena berfikir banyak kali. Tahniah PDRM syabas atas kecekapan menyelesaikan masalah dalam negara,' tulis Ismail Saad pula.
Amirah ditemui selamat kira-kira 7.45 petang bersama teman lelakinya, 19, yang baru dikenali kurang sebulan di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

Post a Comment

Previous Post Next Post