Seremban – Mahkamah Sesyen hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan terhadap seorang lelaki warga India yang didapati bersalah merogol dan mencuri barangan milik rakan sekerjanya, tahun lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun, membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan sepanjang prosiding kes berkenaan.
Tertuduh, S R Dinesh Kumar, 34, sebelum ini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dua pertuduhan merogol dan mencuri barangan milik seorang wanita warga Pakistan di sebuah pusat jagaan orang tua di Taman Murugesu di sini.
Mengikut pertuduhan pertama, dia dituduh merogol rakannya di sebuah bilik di pusat jagaan itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, 27 Jun 2015.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 380 kanun sama yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, kerana mencuri wang tunai RM35, komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan, Noora Nisa Ngadirin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor BH Online.

Tags:
OMG