Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016 esok

FOTO fail NSTP Shahnaz Fazlie Shahrizal

FOTO fail NSTP Shahnaz Fazlie Shahrizal

Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016 akan diagihkan kepada penerima yang layak mulai esok.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran pertama akan dibuat esok dimana ia akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima masing-masing.

“Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sahaja,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, pemberian BR1M 2016 akan diagihkan sebanyak empat peringkat setahun kepada penerima dibawah kategori isi rumah dan warga emas manakala penerima di bawah kategori individu akan menerima bantuan sekali gus esok.

Sumber: Harian Metro

Tapi terbakor dapat dah?
http://ift.tt/1nxnVHD

Post a Comment

Previous Post Next Post