PENDEDAHAN EKSLUSIF SIAPA SEBENARNYA SUAMI DATO SERI VIDA INI. .. PANASSSSSS


QU Puteh, Barulah Putih', satu slogan yang mungkin agak kelakar pada pendengaran, malah sesetengah orang berasa terganggu apatah lagi apabila diulang berkali-kali. Hakikatnya, slogan tersebut telah berjaya melonjak kembali populariti pengasas produk kecantikan terkenal tanah air, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.


Slogan tersebut dilihat memberi impak besar kepada perniagaannya dan menjadi sebutan ramai tidak kira daripada anak kecil hinggalah dewasa, biarpun pada masa sama tidak kurang yang memperolok dan memperlekeh dengan melempar kata-kata kurang enak.

Tidak cukup dengan itu, Vida turut dikritik hebat dengan penampilannya yang sentiasa ‘disinari’ kilauan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.

Berilah gelaran apa pun, bagi Vida, sedikit pun tidak menjadi ‘kudis’, malah dia amat berbangga kerana sekurang-kurangnya slogan yang dianggap kelakar serta penampilan yang dianggap keterlaluan menjadi sebutan ramai.

Itu sahaja sudah cukup bagus untuk mempopularkan kembali perniagaanny


Bagaimanapun, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengakui, pada mulanya dia berasa agak tertekan, namun mengambil pendekatan secara positif.

“Tipu kalau saya kata saya tidak terasa hati dengan cakap-cakap orang tetapi demi perniagaan, saya ‘telan’. Hasilnya, sekarang saya cukup bersyukur kerana produk Qu Puteh semakin laris sehingga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Mengenai penampilan saya pula, ‘blink-blink’ sudah sinonim dengan diri saya dan biarlah apa orang hendak cakap. Lagipun saya hanya berpenampilan begitu ketika acara formal sahaja, sedangkan pada hari-hari biasa saya seperti individu-individu lain, ringkas dan selesa.

“Yang pasti hari ini biarlah apa orang nak cakap kerana saya tahu apa yang saya lakukan dan saya positif,” ujarnya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini.

Bercerita serba sedikit mengenai perniagaan yang diusahakan, jelas wanita kelahiran Machang, Kelantan, ini, dia memang seorang yang minat berniaga, malah mula menjual nasi lemak dan kuih muih seawal usia sembilan tahun.

Tidak terhenti setakat itu, ‘kerjayanya’ diteruskan sehinggalah beliau membuat keputusan untuk menjual barangan kecantikan pada usia 12 tahun dan berterusan sehingga melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sememangnya seorang wanita yang tidak boleh duduk diam, Vida berkata, pelbagai jenis pekerjaan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan duit.

“Seawal darjah tiga saya sudah mula berniaga, tetapi waktu itu bukan niat untuk membantu orang tua sebab keluarga saya boleh dikatakan agak senang.

“Apa yang dilakukan waktu itu hanyalah semata-mata untuk dapat duit kerana saya bercita-cita tinggi ingin memiliki segala-galanya apabila dewasa nanti seperti kereta, motosikal, dan rumah sendiri.

“Jadi untuk mendapatkan apa yang dihajati, saya pernah bekerja di kilang, menjual pokok bongsai, dan tidak ketinggalan bekerja di restoran makanan segera,” katanya bersungguh.


Turut mengakui dirinya seorang yang sukakan cabaran, beliau memberitahu, segala yang dilakukan adalah kehendak dirinya sendiri malah bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokongnya.

Setelah lama berbual dan bercerita mengenai pengalaman berniaga, dikejutkan pula dengan pengalaman kerjanya sebelum bergelar usahawan kosmetik.

Berkelulusan Ijazah Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), menurut anak bongsu daripada tiga beradik ini lagi, beliau pernah bergelar cikgu sekolah selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam.

Sanggup meletak jawatan ‘24 jam’ gara-gara ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang diusahakan.

Vida bangga kerana sekurang-kurangnya segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar sehingga ke hari ini.

Setelah berhempas pulas menjual produk orang lain, akhirnya beliau tampil dengan produk jenama Vida Beauty yang terdiri daripada sabun, krim siang, dan krim malam.

Bertitik tolak daripada situ, beliau meneruskan langkah dengan mengeluarkan minuman kesihatan, Pamoga pada tahun 2010 dengan 
harapan ingin melawan pasaran antarabangsa.

Nasib menyebelahi apabila produk tersebut yang dihasilkan daripada gamat dan buah delima mendapat sambutan dan kekal sehingga hari ini.

Perjalanan Vida tidak terhenti di situ, malah selepas Pamoga dilancarkan beliau membuat perancangan seterusnya dengan mengeluarkan pula minuman untuk pencerahan pada tahun 2013.

Habis sahaja berbicara mengenai perjalanan kerjayanya, Vida tidak ketinggalan menceritakan serba sedikit kisah arwah anak-anaknya yang terkorban dalam kebakaran pada Ogos 2013.

Akibat daripada peristiwa tersebut, beliau menjadi sugul dan menyepikan diri selama setahun lebih kerana terlalu bersedih dan banyak memikirkan apa yang telah berlaku.

“Saya mengalami konflik identiti akibat daripada kematian anak-anak saya kerana berlaku secara tiba-tiba.

“Masa itu tiada apa yang difikirkan melainkan takut mati dan ketika itu jugalah segala-galanya (perniagaan) diuruskan oleh kakitangan saya.

“Saya bukan sahaja tidak mempedulikan perniagaan dan apa yang berlaku di sekeliling, malah saya juga tidak bertenaga untuk bekerja. Alhamdulillah segala-galanya dapat diatasi setelah mendapat nasihat daripada mereka yang berpengaruh dalam bidang agama,” ulasnya lagi yang turut memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi dari Universiti Monash.

Menyentuh pula mengenai rumah tangganya, beritahu Vida, beliau telah melangsungkan perkahwinan terbaharu pada 3 Oktober lalu.

Menyatakan tiada jodoh dengan bekas suami sebelum ini, Vida berkata, hari ini dia cukup bahagia dengan Fairuz Ahmad Zainuddin di samping dua orang anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 10, dan Muhammad Eric Zacquan, 8.

Menyatakan segala yang berlaku ada hikmahnya, Vida hari ini akan meneruskan perancangan yang telah diatur dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan lebih banyak produk kesihatan dan kecantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post