Reaksi Syamel AF2015 Bila Lagunya Lebih Popular Dari Juara AF2015

PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Syamel menjelaskan kemungkinan populariti yang diraih melebihi juara Af2015 iaitu Sufi adalah disebabkan lagu ciptaannya Hidup Dalam Mati lebih mendapat sambutan.

Syamel yang menjadi naib juara program tersebut bersyukur kerana peminat-peminat ketika di AF2015 terus menyokong perjuangannya yang baharu sahaja melangkan ke industri hiburan tanah air.

"Saya rasa populariti yang saya raih ini btidaklah mengatasi juara iaitu Sufi, bagi  saya ia adalah kebetulan sahaja kerana lagu saya mendapat sambutan.

"Saya bersyukur sangat kerana pemiant masih menyokong dan mengundi lagu ciptaan saya Hidup Dalam Mati itu untuk terus dimainkan di radio-radio tempatan," ujarnya.

Syamel berkata demikian ketika diminta pendapatnya tentang populariti di raih kini mengatasi juara program tersebut iaitu penyanyi berasal dari Singapura Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid.

Bukan sahaja lagu Hidup Dalam Mati menduduki carta-carta radio tempatan, malah penyanyi ini juga tersenarai dalam tiga katogori Anugerah Meletop 2015 yang bakal berlangsung pada 28 Februari 2016.

Dalam pada itu, Syamel berkata, sebagai penyanyi baharu dia berasa terharu apabila lagu ciptaannya sendiri yang dinyanyikan pada pentas akhir program tersebut dapat diterima pendengar.

Katanya, dia turut berharap lagu ini dapat diterima dalam tempoh yang panjang dan diingati seperti lagu-lagu lagenda lain.

"Lagu ini mungkin digemari kerana radio kerap putar, namun saya inginkan lagu ini berjaya terpahat di hati pendengar untuk jangka masa yang agak panjang.

"Saya mahu anak cucu syaa juga tahu lagu ini seperti contoh lagu Memori Berkasih yang masih diingati biarpun sudah lebih 10 tahun," ujarnya.

Sementara itu, Syamil berkata, sejak bergelar penyanyi, dia berasa tersentuh apabila masyarakat dan orang-orang yang tidak dikenali menghargai hasil kerja dan nyanyiannya.

"Saya rasa dihargai apabila semua orang yang saya tidak kenali tetapi mendoakan saya. Saya tersentuh apabila mereka berterima kasih kerana saya nyanyi dengan baik. Perkara tersebut yang tidak pernah saya rasa ketika sebelum jadi penyanyi dahulu," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post