Dah berkali-kali perkara ini terjadi di depan mata aku. Tiap-tiap pagi sejak pertukaran laluan Klang - Batu Cave - Seremban - Rawang. Lif yang ada, semua yang sempurna berkaki dan dapat berjalan, berebut nak naik lif sampaikan orang yang kurang upaya terpaksa tunggu turn nak naik lif??
APAKAH KEBANGANGANNYA?
Semalam, sampai dua trip lif naik, baru dia dapat naik lif. Abang ini, dia dari line Klang turun di KL Sentral. Kasihan kot? Kakak-kakak di depan dia selamba badak. Kalau ye pun, bagilah dia naik dulu. Selebihnya ruang yang ada itu barulah korang penuhkan.
Aishh! Rasa nak melompat atas rel jer, nak cakap pada kakak-kakak di depan itu.
Kalau cakap nak cepat pergi kerja, rasanya abang itu pun nak cepat, nak cari rezeki pagi kerja. Dengan kekurangan yang ada lagilah lambat perjalanan dia ditambah pula dengan perangai orang sekeliling yang mementingkan diri sendiri.
Kalau anda rasa kasihan pada abang ini, tolong share dan viralkan. Biar sampai ke Facebook kakak-kakak di depan lif itu baca. Sekian. - Amafura Adhuha | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.
Tags:
HyM