Tak masuk akal tiada lelaki yang mengorat Faradhiya. Namun itulah kenyataannya. Di usia 31 tahun, Faradhiya masih solo.
Pengakuan daripada Faradhiya ini pasti membuka mata para jejaka di luar sana. Mana tahu memang jodoh anda dengan penyanyi bersuara lantang ini. Namun ada beberapa ciri yang perlu anda penuhi. Paling penting, kena matang. Kata Faradhiya:-
Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini. Rasanya ada segelintir lelaki yang dah naik menyampah nak ajak saya keluar dating. Sebab saya sibuk sangat, hingga tiada masa untuk keluar bersantai.Nak serius berkawan dengan saya, lelaki itulah kenalah bersabar dan berusaha kuat memahami kerjaya saya. Lagipun saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak.Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka kontrol atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa
Tags:
BP