Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

Baru-baru ini sebuah blog Kisah Emas Putih telah memberi ulasan terhadap restoran milik pelakon dan usahawan Fizo Omar iaitu FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.
Mengulas mengenai isu tersebut, Fizo menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.
"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.
"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.
Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.
Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.
Dia juga meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Post a Comment

Previous Post Next Post