PETALING JAYA: Walaupun cadangan untuk melakukan semakan harga bahan api secara mingguan boleh memberi manfaat kepada sesetengah orang, namun ada dikalangan pengguna yang lebih suka jika ia dilaksanakan setiap bulan.
Menurut mereka langkah semakan secara bulanan yang dilakukan pada masa ini boleh melancarkan proses perancangan setiap bulan.
Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Michael Kang berkata jika cadangan untuk menetapkan harga bahan api secara mingguan dilaksanakan, perniagaan tertentu perlu menyemak semula unjuran bajet mereka lebih kerap.
"IKS perlu mula memantau harga minyak global untuk melakukan ramalan bajet mereka jika kos bahan api adalah salah satu komponen utama dalam kos operasi," kata Kang.
Beliau berkata idea itu bersifat serampang dua mata kerana ia boleh menyenangkan IKS sekiranya harga minyak stabil atau terus kekal rendah namun ia akan memberi kesan buruk kepada mereka jika harga minyak meningkat.
"Ia baik jika harga minyak terus menurun, tetapi tidak baik jika harga minyak meningkat secara tiba-tiba," katanya.
Baru-baru ini Persatuan Pengusaha Stesen Minyak mencadangkan supaya kerajaan melakukan semakan mingguan terhadap harga bahan api berbanding secara bulanan pada masa ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji idea berkenaan.
Sementara itu Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Low Kian Chuan berkata, melainkan harga minyak meningkat secara mendadak, tindakan menyemak semula harga petrol secara mingguan tidak akan memberi kesan ke atas perniagaan.
"Perniagaan tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri kepadanya, mereka tahu bagaimana untuk melakukan ramalan," kata Low, sambil menambah bahawa selain daripada industri pembuatan, kebanyakan perniagaan tidak menggunakan petrol meluas.
"Selain itu industri pembuatan sudah membeli minyak pada kadar pasaran, harga adalah berbeza setiap hari."

Tags:
BP