PETALING JAYA: Penyanyi dan mentor bagi program Mentor Milenia, Black Hanafiah memberitahu terpaksa berhadapan dengan uji bakat lebih 20 jam bagi mencari tiga calon protege bagi program yang bakal berlangsung malam Ahad.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanifiah, 28, berkata, dia berpuas hati apabila berjaya memilih tiga peserta terbaik daripada lebih 300 peserta yang hadir pada sesi uji bakat yang berlangsung pada 26 Disember lalu.
"Saya merupakan mentor terakhir yang membuat uji bakat mencari protege dan sesi tersebut mengambil masa yang agak panjang iaitu lebih 20 jam. Bermula daripada pukul 9 pagi hingga pukul 6.30 pagi keesokkannya.
"Alhamdulillah, terlalu ramai yang berbakat dan menyukarkan saya untuk membuat pilihan terbaik, hingga bertemu tiga peserta yang saya rasakan paling layak untuk program ini," ujarnya kepada mStar Online.
Black merupakan salah seorang mentor dalam program realiti nyanyian Mentor Milenia bersama tiga penyanyi lain iaitu Azlan, Hazama dan Akim Ahmad.
Black berkata, dia juga terpaksa mengubah kenyataan awal kepada media untuk mengambil hanya peserta lelaki pada awalnya, bagaimanapun, tidak dapat menolak beberapa peserta wanita yang hadir mempunyai kualiti luar biasa.
"Memang sebelum ini saya mengutamakan peserta lelaki sahaja atas beberapa sebab dan ketika sesi uji bakat lalu kebanyakkan pesreta yang datang juga adalah lelaki.
"Namun, saya tidak boleh menolak beberapa peserta wanita yang datang mempunyai kualiti bakat yang luar biasa dan ada identiti tersendiri.
"Sayang sekiranya saya tidak mengambil mereka untuk mencuba nasib kerana ini merupakan pertandingan," ujarnya.
Dalam pada itu, Black berkata, dia menilai peserta menerusi beberapa aspek yang difikirkan mempunyai nilai untuk terus berada dalam industri terutama selepas keluar daripada program tersebut.
Katanya, ia bukan hanya sekadar nyanyian, malah melihat dari sudut penampilan yang menarik serta pakej yang seimbang untuk diketengahkan sebagai seorang selebriti.
"Saya ingin membuktikan kepada semua, saya boleh mencari bakat baru yang berkualiti daripada pelbagai aspek," ujarnya.
Dalam pada itu, pernah bergelar juara Mentor musim ketiga, Black menganggap dirinya mempunyai sedikit kelebihan berbanding mentor lain.
"Itu menjadi kelebihan buat diri saya. Tetapi tidaklah hanya bergantung kepada gelaran juara itu sahaja kerana mentor lain juga mempunyai kelebihan tersendiri," ujarnya.
Mentor Milenia yang bakal bersiaran setiap Ahad di TV3 bermula 3 Januari 2016, pukul 9 malam.

Tags:
BP