Siti Nurdiana Memang Ada Ciri-Ciri Yang Saya Cari - Datuk Hattan

Datuk Hattan menyatakan minatnya terhadap pemenang program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana.

Hattan berminat untuk menawarkan Siti Nordiana menjayakan watak utama dalam filem terbaru yang berjudul Gadis Jolobu.

Filem tersebut merupakan hasil kerjasama antara pihak Hattan dengan Q-Plex Communication.
“Melihatkan keadaan industri filem yang semakin pulih, perancangan untuk menghasilkan filem Gadis Jolobu bakal diteruskan pada tahun ini.

“Memandangkan filem ini inspirasinya adalah menerusi lagu Gadis Jolobu, saya mahu pelakonnya nanti boleh bertutur dengan bagus dalam dialek Negeri Sembilan.

“Saya ada bayangkan Siti Nordiana membintangi filem ini. Tetapi perkara ini belum dibincangkan secara lebih lanjut lagi,

“Watak dalam filem tersebut memerlukan pelakon wanita bertudung dan boleh bercakap dialek tempatan.

“Siti Nordiana sememangnya mempunyai ciri-ciri yang dicari, jadi saya berminat untuk mengambilnya. Tidak sukar baginya untuk bertutur dalam dialek Negeri Sembilan nanti,” katanya memetik portal Astro Awani.

Post a Comment

Previous Post Next Post