TERDAPAT khabar angin mengatakan bahawa pelakon Zizan Razak sedang menjalin hubungan mesra dengan bekas isteri Eizlan Yusof, Vie Santie.
Apabila diminta mengulas hal itu Eizlan berkata, perkara itu langsung tidak menjejaskan hubungan baik antara dirinya dan bekas isteri.
“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Sebelum ini, Eizlan pernah menyatakan hasratnya untuk merujuk semula namun perkara itu harus dipersetujui kedua belah pihak. Zizan juga tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. – SUMBER MYNEWSHUB.CC
Tags:
OMG