Duhai suamiku Shahiran Ean,
Terima kasih kerana jadikan saya yang halal. Cukuplah sekadar kenal setahun sahaja dan terus berkahwin, malas nak tunggu lama-lama, malas nak bercinta lama-lama, malas nak ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang halal. Paling takut nk bercinta bertahun-tahun akhirnya tak ada kesudahan juga.
Majlis perkahwinan saya hanya rancang dalam sebulan sahaja. Semua kelam kabut, banyak benda harus dibuat untuk persiapan. Hanya sempat jemput yang mengenali diri ini dan suami saya dalam Facebook dan Instagram sahaja.
Tak pernah terfikir nak kahwin dalam tahun ini. Tak pernah terfikir nak kawin secepat ini. Tapi kerana niat mahu hubungan ini mendapat keredhaan daripada Allah.sw.t dalam hidup dan mahu peneman sepanjang hayat.
Kami ambil keputusan untuk bernikah pada 15.12.15. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, kedua belah pihak merestui hubungan ini. Majlis ini cukup kecil dan simple, hanya pakai baju sehelai sahaja untuk persalinan pada hari majlis. Cukup ala kadar, cukup sekadar yang mampu.
Walaupun majlis pernikahan saya tidak semewah yang lain. Tapi saya rasa bersyukur tak terhingga sebab majlis ini sangat bermakna dalam hidup saya. Terima kasih kepada teman-teman yang sponsor untuk majlis pernikahan saya. Terima kasih yang datang dari jauh untuk memeriahkan majlis pernikahan saya. Terima kasih banyak-banyak juga kepada yang beri ucapan dan doa tidak putus-putus kepada kami. Hanya Allah yang tahu betapa terharunya hati ini.
Segala niat baik yang kita impikan dalam hidup, Allah mudahkan dan kabulkan doa-doa ini menjadi kenyataan. Syukur ya Rabbi. - Syazwanie Yazip

Tags:
BP