Jangan Cukur Bulu Kemaluan Sekirannya anda tidak Mahu ia jadi seperti ....


koiuy

Jangan Cukur Bulu Kemaluan Sampai Habis | Tumbuhnya bulu kemaluan merupakan satu signal atau tanda yang menerangkan bahawa telah datangnya kematangan (dewasa) pada seorang laki-laki atau perempuan.

Hal ini disebabkan wujudnya perubahan dan pertambahan hormon menjelang masa peralihan remaja ke dewasa. Hadirnya rambut atau bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan, sebenarnya bukan suatu masalah kerana hal tersebut merupakan kudrat semulajadi yang dialami oleh semua orang.

Akan tetapi kadang-kadang untuk sebahagian orang (khususnya wanita) hadirnya bulu di sekitar kemaluan membuat mereka tidak selesa dan rimas. Sehingga ada sebahagian wanita yang berusaha untuk menghilangkan bulu kemaluannya dengan cara mencukur atau merawat secara habis, sehingga tidak dapat tumbuh lagi.

Sebenarnya bukan tidak boleh mencukur atau membersihkan bulu kemaluan, apalagi dalam Agama Islam, Nabi mengajurkan kita untuk selalu menjaga kebersihan diri, salah satu nya adalah mencukur bulu kemaluan secara teratur.

Akan tetapi menghilangkannya secara kekal sebanarnya tidak berapa baik, kenapa? Kerana hadirnya bulu atau rambut di sekitar kemaluan ternyata mempunyai banyak mamfaat untuk kesihatan kita.

Seperti halnya rambut yang mempunyai banyak manfaat untuk tubuh kita, maka demikian juga halnya bulu bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan kita. Adapun beberapa manfaat atau fungsi dari tumbuhnya bulu-bulu disekitar kemaluan kita diataranya:

1. Memberikan kehangatan 
2. Sebagai penampakan dari proses kematangan seksual 
3. Mengurangkan geseran saat berhubungan intim 
4. Pelindung wilayah di daerah tempat tumbuhnya rambut kemaluan ini kerana wilayah ini cukup sensitif (terutama faraj) 
5. Pengumpulan dari pengeluaran feromon (zat kimia yang mengatur perilaku seks)

Meski letak dari rambut kemaluan boleh dikatakan tersembunyi (private area) bukan berarti rambut di kawasan kemaluan lepas dari perhatian seperti kita merawat rambut di daerah lain seperti rambut kepala atau bulu ketiak.

kebersihan dan kerapian rambut kemaluan harus dijaga sebaik mungkin melihat pungsi dari rambut kemaluan tadi. Tentunya dengan cara yang teratus dan tidak sembarangan.

Ada beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam merawat bulu atau rambut di kemaluan yakni; 
1.Tidak dianjurkan untuk mencabut atau mencukur dengan cara yang tidak tepat pada rambut kemaluan kerana dengan mencabut atau mencukur rambut kemaluan boleh menimbulkan lubang kecil (luka) akibat perlakuan tersebut.

Lubang atau luka kecil ini akan menjadi pintu masuk kuman atau kulat (terutama pada wanita yang mudah sekali mengalami lembab di faraj) yang nantinya boleh menyebabkan jangkitan di kulit bahagian intim anda.

2.Bulu kemaluan yang terlalu lebat (tidak pernah dirapikan) juga boleh menjadi tempat tumbuhnya kutu, bakteria atau kuman, serta cendawan yang pada akhirnya menimbulkan pelbagai macam penyakit.

Merapikan di sini artinya cukup memendekkan saja. Misalnya, dipendekkan sekira setengah sentimeter dengan menggunakan gunting, atau apabila anda hendak mencukurnya boleh menggunakan buih sabun terlebih dahulu, serta menggunakan alat pencukur khusus yang lembut sebelumnya sudah dicuci dahulu dengan sabun dan disiram dengan air panas.

Setelah digunakan, alat cukur wajib dibasuh semula dan disimpan di tempat yang bersih dan kering. Jangan disimpan di tempat yang lembap, kerana bisa ditumbuhi cendawan dan bakteria. Selain itu, jangan menggunaan alat cukur secara bergilir-gilir.

3.Kesehatan bulu atau rambut di kamaluan (bulu pubis) juga sangat bergantung pada keadaan kesihatan kulit. Jika timbul keluhan gatal, sakit, perih, kemerahan, sisik, berbonggol / bintil, atau perubahan kulit sekitarnya bermakna keadaan kesihatan kulit sedang tidak baik.

Hal ini akan mengakibatkan pula pada keadaan bulu pubis. Sebaiknya jika timbul hal demikian akan rujuk kepada doktor pakar kulit untuk pengendalian lebih lanjut.

Dari penjelasan di atas dapat kita simpulkan bahawa, bulu-bulu yang tumbuh di sekitar tubuh kita, ternyata bukan tidak mempunyai pungsi dan manfaat, kerana Tuhan sudah menetapkan untuk apa fungsi dari masing masing bulu atau rambut yang ada pada tubuh kita. Demikian juga halnya dengan rambut - rambut yang lain, tentunya bukan tidak mempunyai fungsi dan manfaat.

Rambut boleh berfungsi sebagai mahkota atau untuk keindahan tubuh, selain juga mempunyai fungsi-fungsi untuk kesihatan juga. Lalu, bagaimana dengan rambut-rambut yang tumbuh di bahagian-bahagian badan yang tersembunyi atau peribadi? Apakah juga mempunyai fungsi khusus?

Kalau anda perhatikan tubuh anda, maka di setiap tempat yang 'rawan' dan perlu dilindungi akan ditumbuhi rambut / bulu. Misalnya kepala, yang perlu dijaga agar tak terbentur, pecah, dan sangat rawan di bahagian ubun-ubun. Sehingga saat masih bayi, rambut paling tebal di bahagian tersebut.

Kemudian pada sekitar mata juga ditumbuhi rambut, di bahagian atas ada bulu mata agar debu, cecair, atau benda asing tak mudah singgah ke dalam mata.

Ketika belum menggunakan baju, kemungkinan besar seluruh tubuh ditumbuhi rambut yang lebih jarang dan di tempat rawan ditumbuhi rambut yang lebih lebat dan menutupi tempat tersebut. Dengan pertumbuhan manusia, perubahan jaman dan evolusi manusia, maka baki yang paling penting yang menjaga bahagian-bahagian rawan tersebut dengan rambut.

penerangan di atas mungkin boleh memberikan gambaran tentang pentingnya rambut-rambut 'tersembunyi', seperti rambut kemaluan dan rambut ketiak. pungsi rambut yang menutupi bahagian tubuh tersebut adalah untuk menjaga kelembapannya. Kerana selain sensitif, pada bahagian bawah organ tersebut tersimpan kelenjar yang sangat penting bagi tubuh.

Mungkin pada masa manusia masih belum mengenal pakaian, kewujudan bulu-bulu tersebut sangat diperlukan. Namun seiring dengan ditemukannya pakaian sebagai pelindung tubuh, maka pungsi rambut boleh dibantu oleh pakaian tersebut, sehingga tidak menjadi masalah atau bahkan dianjurkan untuk memotong (memendekkan) rambut kemaluan ataupun mencabuti rambut di ketiak anda, untuk alasan kebersihan.

Sebenarnya untuk soal jumlah, tempat tumbuhnya dan bentuk rambut merupakan ciri khas masing-masing manusia, yang tentunya berbeza satu sama lain. Di samping cap jari, banyaknya dan tempat tumbuhnya rambut juga boleh menunjukkan identiti orang tersebut. Rambut juga merupakan pengenalan dan daya tarik seksual tersendiri bagi pasangan anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post