Selepas Mukhriz Letak Jawatan, Aliff Syukri Langsung Tak Minat Taja Kedah


Selepas Mukhriz Letak Jawatan, Aliff Syukri Langsung Tak Minat Taja Kedah


Datuk Aliff Syukri yang popular dengan jolokan "Abang Terlajak Laris" kini tidak lagi berminat menaja pasukan Kedah setelah apa yang berlaku di negari itu.

Aliff akui pihaknya sudah menarik diri dari menjadi penaja pasukan bola sepak Kedah.

Ini berlaku setelah Mukhriz meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan juga Presiden KFA.

Ini komennya:
"Sudah, saya tidak berminat," katanya ringkas dan tidak mahu mengulas lebih lanjut.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial tentang ura-ura mengatakan Aliff Syukri bakal menaja Kedah setelah bertemu dengan Mukhriz.

Namun, disebabkan krisis politik di Kedah baru-baru ini, Mukhriz terpaksa berundur.

Post a Comment

Previous Post Next Post