(20 Gambar) Tahniah! Shahrol Shiro Selamat Diijabkabul Dengan 3 Kali Lafaz

Dengan tiga kali lafaz pelawak Shahrol Shiro selamat bergelar suami kepada pilhan hatinya, Anna Danisha atau nama penuhnya Farhanah Syamimi.

Dalam pada majlis itu, Anna menerima mas kahwin dengan senaskah kitab suci Al-Quran, manakala wang hantaran masih tidak diketahui lagi.

Baca: SHAHROL (SHIRO) UMUM TARIKH NIKAH DI RADIO

Majlis yang disambut meriah oleh keluarga dan dihadiri rakan artis telah berlangsung di Dewan INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor, sekitar jam 9 malam semalam.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah diadakan pada 19 Mac lalu dan sebelah pihak lelaki akan diumumkan pada bulan Julai.

Terdahulu Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 namun bercerai pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Tahniah kepada kedua pasangan mempelai dan selamat melayari bahtera rumah tangga.

Berikut Media Hiburan Online kongsikan 20 keping gambar Shahrol sekitar majlis pernikahannya.

#sumber Instagram Era FM
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post