3 Kali Minta Rujuk, Vie Shanti Masih Tidak Mahu - Eizlan Yusof
Pelakon Eizlan Yusof akui masih lagi trauma setelah bercerai dengan bekas isterinya, Vie Shanti.
Walaupun sudah laman berpisah, Eizlan Yusof kini masih belum terbuka untuk menerima wanita lain di hatinya.
TRAUMA, BELUM SEMBUH
“Bohonglah kalau saya katakan tiada wanta cuba mendekati ketika ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, saya layan, tetapi jika tengok caranya lain macam saja, saya akan cuba menjauhkan diri”
Terus terang, parut luka akibat penceraian itu masih bersisa dan belum sembuh sepenuhnya. Masih terbayang-bayang betapa perpisahan itu membuatkan hidup saya seperti orang gila.
Keadaan diri tidak terurus, ditambah pula waktu itu perniagaan saya menghadapi masalah, lagilah ia membuatkan situasi semakin parah,”
KOMEN TENTANG ZIZAN
Tentang gosip isterinya dengan Zizan, ianya membuatkan pelakon ini tertekan kerana sering diburu pihak media.
“Saya akui ramai pihak seperti media dan orang luar sering bertanyakan perkara itu. Apabila terlalu kerap orang bertanya, ia menjadi tekanan sedangkan ia bukan urusan saya. Dia bukan lagi di bawah tanggungjawab saya dan bebas berkawan dengan sesiapa saja”
“Rasanya sudah tiga kali saya menyatakan hasrat untuk kembali rujuk, tetapi pihak di sana tidak memberi sebarang kata putus. Fahamlah saya akan maksudnya,”
Tags:
BM