Ainul Aishah Ambil Keputusan Berhenti Berlakon

Pelakon Ainul Aishah mengambil keputusan untuk menarik diri dari cabang lakonan setelah bertahun-tahun menceburi bidang ini.
 
Akur dengan populariti tidak sehebat pelakon-pelakon lain, Ainul menjelaskan kepada Sinar Harian, dia tidak rugi apa-apa sebaik mengundurkan diri dari bidang lakonan nanti. Ini kerana dia sudah mempunyai perancangan lain.
 
Walau bagaimanapun, keputusan tersebut hanya dalam jangka masa yang singkat sahaja.

Baca: Fazura Berhenti Berlakon Selepas Kahwin
 
Mengulas lanjut, dia bakal mengeluarkan jenamanya sendiri iaitu A Love dan apabila semua urusan perniagaannya sudah stabil dan mempunyai masa yang terluang dia akan kembali berlakon.
 
Menyentuh dalam perkembangan lain, Ainul kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Akadku Yang Terakhir yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Prima.

Drama ini turut membariskan bintang terkenal antaranya seperti Tiz Zaqyah dan Amar Baharin.
 
#sumber Sinar Harian

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post