Lelaki 65 Tahun Kahwini Budak 12 Tahun, Setuju Atau Tidak?

Terbaru, kecoh di laman sosial mengenai video yang memaparkan seorang lelaki berusia 65 tahun berkahwin dengan dengan seorang budak, 12 tahun.
 
Walau bagaimanapun, jangan cepat melatah dan terus menghentam. Ini kerana ia hanyalah rakaman video eksperimen yang dilakukan oleh Coby Persin di New York untuk melihat respon penduduk tentang 'perkahwinan jurang umur' atau perkahwinan 'orang tua' dengan kanak-kanak.
 
Kononnya selepas pasangan tersebut selesai melangsungkan perkahwinan, mereka mengadakan sesi bergambar dan Coby bertindak sebagai jurugambar.
 
Sewaktu rakaman berlangsung, Coby berjaya merakam respon-respon penduduk di sana seperti meluat dan ada yang mengalirkan air mata mungkin terasa sedih dek kerana budak yang masih mentah berkahwin dengan warga tua.
 
Dalam pada itu, penduduk yang sedang lalu lalang di lokasi penggambaran tersebut, turut campur tangan dan menyoal untuk mengetahui perkara sebenar. Selain itu, ada juga penduduk yang mahu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
 
Akhirnya, keadaan menjadi reda apabila diberitahu tujuan rakaman tersebut dibuat.
 
Ternyata, penduduk di New York tidak begitu menyokong dan menolak sepenuhnya mengenai perkahwinan tersebut walaupun ada beberapa buah negara membenarkannya.
 
#sumber Sinar Harian

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post