Penyanyi Aisyah AF atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 22, baru-baru ini namanya menjadi bualan para netizen apabila tampil dengan imej rambut bewarna perang dan gosip cinta bersama Aizat Amdan.
Walau bagaimanapun, penyanyi ini tidak ambil pusing dengan hal tersebut dan menganggap ada hikmah di sebalik semua ini.
"Kita tak boleh tutup mulut orang. Orang cakap macam itu mungkin kerana lihat saya dan Aizat selalu bersama. Sebenarnya kami hanya berjumpa apabila perlu sahaja, pendek kata berjumpa masa bekerja kemudian kami lepak sekejap.
“Kami tak ada apa-apa, kami masing-masing masih mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam kerjaya. Malah, soal nak bercinta memang tak pernah wujud dalam fikiran.
“Semua orang ada pengalaman dalam percintaan, saya akui pernah kecewa sebelum ini malah Aizat sendiri sedia maklum tentang perkara itu. Aizat sebagai kawan yang memahami turut memberikan nasihat yang penuh dengan falsafah semata-mata mahukan saya terus fokus dengan kerjaya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aisyah akan mengeluarkan single terbaru ciptaan Omar K yang berjudul Tanda Tanya.
Tags:
MEDIAHIBURAN