Akibat Cuaca Panas, Peranti Elektronik Ditinggalkan Dalam Kereta Lelaki Ini Meletup


22 Mac - Dikala musim panas ini, amat berbahaya jika kita meninggalkan barangan eloktronik di dalam kereta.

Terbaru, seorang pengguna Facebook dari Pulau Pinang berkata peranti pengecas mudah alihnya atau powerbank meletup di dalam kereta akibat panas melampau.

Dalam status yang dimuat naik pada 19 Mac itu, Tan Heng Swee berkata letupan menyebabkan kebakaran dan akibat dari itu, seluruh 'dashboard' keretanya musnah.

Bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana api dapat dipadam sebelum ia merebak dengan lebih teruk.

Beliau juga berharap agar pengalaman ngerinya ini tidak berlaku kepada orang lain.

"Jangan sesekali tinggalkan barangan elektronik atau power bank di dalam kereta anda berikutan cuaca panas kini yang berlaku akibat fenomenoa equinoxes", kata beliau.



Post a Comment

Previous Post Next Post