Asfan Shah Nak Anak Perempuan

Pelantun lagu 'Alasan Untuk Bahagia' Asfan Shah yang telahpun bergelar bapa kepada dua orang anak lelaki berhasrat untuk menambah cahaya mata. Jika boleh dia mahukan anak perempuan pula.
 
 "Sekarang ini anak yang sulung, Ali Haytham Shah berusia tiga tahun manakala yang bongsu, Ali Wakeel Shah berusia 13 bulan. Selepas ini saya berharap semoga dikurniakan anak perempuan kerana kami sudah ada dua orang anak lelaki. Namun biarlah mereka berdua membesar dulu baru.

“Sejak kebelakangan ini saya selalu bawa anak sulung ke mana sahaja saya pergi sementara anak kecil di rumah bersama ibunya.

“Kebiasaannya isteri dan anak-anak akan berada di rumah mak mentua tapi sekarang mak mentua sedang mengerjakan umrah. Jadi sebab itulah saya selalu dilihat bawa anak,” jelas Asfan ketika ditemui semalam.

Baca: Asfan Bakal Tampil Album Pertama

Berkongsi mengenai cerita itu, Asfan mengulas lanjut, sebelum menambah satu lagi permata hati, dia bercadang untuk membawa isteri berbulan madu namun niat itu belum tercapai sejak berumah tangga lagi.

“Sejujurnya saya dengan isteri belum sempat untuk berbulan madu lagi disebabkan kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Mana tidaknya, bila masa nak pergi bulan madu isteri pula hamil. Bila hamil saya mahukan kesihatannya terjaga.

“Saya tidak merancang mahu anak berapa orang namun jika dikurniakan ramai anak Alhamdulillah kerana itu adalah rezeki dari Allah. Lagi ramai anak rezeki pun bertambah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Asfan sekarang sedang dalam proses merakam album sulung yang akan menampilkan lapan buah lagu baru dan lama dengan susun atur muzik yang baru. Album tersebut dijangka siap selepas hari raya.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post