Penyanyi dan pelakon Awie Wings, bebas dari kes pertuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun oleh Mahkahmah Majistret Ampang selepas kedua-dua pihak bersetuju kes ini diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.
Ahmad Azhar Othman atau Awie, 48, kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Rozana, 38.
"Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.
Baca: Awie: Saya masih hidup
"Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing," terang Awie kepada Sinar Harian Online.
Dalam pada itu, Awie turut berkata, dia berasa lega kerana kes ini sudah selesai dan mengharapkan kehidupan selepas ini lebih baik.
Tambah Awie lagi, dia berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya selama ini.
Untuk makluman, Awie dan Rozana telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005.
#sumber Sinar Harian Online
Tags:
MEDIAHIBURAN