Misha Omar Rahsiakan Usia Kandungan

Penyanyi  Misha Omar, 34, baru-baru ini memberitahu bahawa dirinya kini sudah hamil. Walau bagaimanapun, usia kandungan itu dirahsiakan atas sebab peribadi.

"Saya tahu ramai yang telah mendoakan agar saya cepat hamil namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri saya. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnnya Allah yang menentukan.

"Kehamilan saya ini adalah detik yang dinantikan dan saya terharu sebagai permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup ini.

"Sudah tentu suami antara orang yang paling gembira bila mendengar berita baik ini. Malah, layanan yang diberikan juga lebih istimewa membuatkan saya rasa diri dihargai. Bagi saya tidak adil jika merahsiakan kehamilan ini kepada orang ramai namun mengenai usia kandungan biarlah saya sendiri yang tahu," terangnya.

Baca: FOTO PRA PERKAHWINAN MISHA OMAR & FIROS EZZWAN

Selain itu juga, Misha tidak kisah mengenai jantina kandungannya.

Lebih menarik apabila suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 34, turut mengalami alahan orang mengandung.

"Sikap suami juga berubah apabila mudah terasa dengan perkara remeh. Malah, dia juga lebih sensitif dengan perkara kecil. Bukan itu saja, selera makan pun bertambah.

"Alhamdulillah, dalam kehamilan ini saya tidak mengalami sebarang masalah dan alahan," katanya.

Untuk rekod, Misha Omar dan Firos selamat diijabkabulkan pada 2 Mei 2014 dan sebelum ini mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

#sumber Sinar Harian
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post