Wan Nor Azlin Kembali Bertudung: Tidak Terfikir Kahwin Lagi

Pelakon Wan Nor Azlin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana isu membuka tudung.  Ketika itu mungkin kerana tekanan perasaan atas masalah-masalah tertentu yang dihadapi membuatkan dia terpaksa bertindak sedemikian.  

Namun berita terbaru, kini dia sudah kembali berhijab. Pastinya penghijrahan semula ini mendapat sokongan ramai pihak.   

Tegasnya, dia tidak lagi memakai selendang kepala ketika berlakon sebaliknya bertudung penuh.  Ditambah dengan keterbukaan penerbit dan pengarah yang memahami syarat wanita bertudung membuatkan dia rasa lebih selesa.  

"Saya juga tidak terfikir untuk mencari teman hidup dan sebagainya ketika ini kerana tumpuan saya hanyalah untuk anak-anak. Saya mencari rezeki untuk membesarkan mereka," katanya seperti yang dilaporkan di BH Online.  

#sumber BH Online
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post