Akhirnya Papan Tanda Islamik JKR Batu Pahat Dirobohkan | PAPAN tanda dengan pengisian ‘unik’ milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batu Pahat di Johor yang sebelum ini pernah viral mendapat perhatian ramai menerusi media sosial telah diturunkan.
Arahan penurunan papan tanda yang dipasang di Jalan Bakau Condong di Batu Pahat itu diumumkan menerusi laman rasmi Facebook JKR Johor disebabkan timbul pelbagai isu mengenai mesej ‘nasihat’ yang mungkin mengelirukan orang ramai.
“Bagi mengelak terus menjadi spekulasi berikutan tersebarnya ayat-ayat dan kenyataan dari papan tanda atau ‘billboard’ milik JKR Batu Pahat daripada disalah tafsir, Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Haji Asri Bin Haji Arjan telah mengarahkan JKR Batu Pahat untuk menanggalkan terus papan tanda berkenaan dengan serta merta.
“Papan tanda milik tersebut pernah diviralkan dengan beberapa ayat dari hadis dan isu-isu keagamaan telah menjadi isu hangat di media sosial dan mendapat kritikan netizen dan perhatian pihak media.
“Bagi mengelak sebarang kekeliruan berterusan, pihak JKR Johor mengambil tindakan dengan merobohkan papan tanda tersebut.
Dalam pautan yang sama juga, pihak JKR Johor turut berterima kasih atas teguran yang disampaikan kepada mereka serta memohon maaf ke atas pihak tertentu berkenaan isu tersebut.
Pihak JKR Johor mengucapkan terima kasih atas teguran dan nasihat dari seluruh rakyat Johor mengenai kejadian ini.
Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datang dari kami sendiri.
Tags:
mazeer