Aksi Sado Zul Ariffin di Majalah Men’s Health | NAMPAKNYA tidak sia-sia usaha pelakon kacak Zul Ariffin selama ini berkerja keras membina badan untuk kelihatan sado dan berotot.
Mana tidaknya, popularitinya bukan sahaja semakin meningkat naik selepas memilik badan sasa. Malah, tawaran berlakon juga tidak putus-putus berpihak kepadanya.
Baru-baru ini, Zul telah dipilih untuk menghiasi cover page majalah Men’s Health bagi bulan April.
Dalam majalah tersebut, aktor berpakej lengkap ini memilih untuk terbuka mendedahkan sebahagian susuk tubuh sadonya untuk tatapan ramai.
Sebelum ini, ada beberapa selebriti tanah air pernah menjadi cover page majalah tersebut antaranya adalah Nabil Ahmad dan Nazim Othman.
Buat gadis-gadis yang tergila-gilakan Zul, bolehlah dapatkan majalah ini di kedai buku.
Tags:
mazeer