Dikecam Kerana Tayang Badan Sado, Ini Respon Zul Ariffin

“Takkan Saya Nak Pakai Telekung Pula” - Zul Ariffin | PELAKON Zul Ariffin tampil mempertahankan tindakannya bergambar tanpa baju bagi menghiasi muka hadapan sebuah majalah kesihatan, baru-baru ini. 

Menurut pelakon berbadan sasa ini, dia tidak merasakan ianya keterlaluan memandangkan dia hanya mengikut tema majalah tersebut yang berkisarkan kepada gaya hidup sihat lapor Mynewshub.

Dikecam Kerana Tayang Badan Sado, Ini Respon Zul Ariffin

Memetik kata-katanya dalam laporan sebuah akhbar, Zul menyatakan, “Itu adalah sesi bergambar untuk majalah kesihatan. Jadi apa masalahnya. Itu adalah majalah kesihatan. Takkanlah saya hendak pakai telekung pula”. 

Tindakan Zul menayangkan tubuh badannya mendapat kritikan negatif netizen yang menyifatkan perbuatannya itu mendedahkan aurat sebagai seorang lelaki Muslim. 

Malah ada juga yang mengaitkan isu Zul ini dengan kes kontroversi yang pernah menimpa Faizal Tahir yang pernah digam stesen televisyen gara-gara membuka baju ketika sedang melakukan persembahan nyanyian dalam program siaran langsung.

Post a Comment

Previous Post Next Post