Ella Terima Sijil Malaysia Books Of Records

Bersempena dengan konsert istimewa Ella yang akan diadakan pada 16 April depan, Atlas One selaku penganjur telah mengadakan satu program ‘Flashmob With Ella’ dengan persembahan melibatkan seramai 115 penggemar muzik, petang semalam.

Acara itu telah berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) dengan menyaksikan 115 pemuzik yang terdiri daripada pelajar jurusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dalam pada acara tersebut, Ella turut menerima penghargaan dengan sijil sebagai persembahan dengan jumlah pemuzik teramai secara flashmob.

Baca: Ella Naik Helikopter Hilangkan Rasa Gentar

Menurut penyanyi ini, dia sebenarnya tidak tahu bahawa persembahan itu akan mencatatkan rekod dalam Malaysia Books Of Records namun dia sempat merakamkan rasa teruja.

“Sampai saja di MaTic saya berasa sangat teruja untuk menyanyi dan buat persembahan bersama 115 pemuzik itu.

“Selepas acara tersebut selesai saya berasa lagi terkejut dan tidak tahu bahawa acara hari ini berjaya dengan mencatatkan rekod dalam Malaysia Books Of Records,” jelasnya dengan nada gembira.

Untuk rekod, konsert Ella akan diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Untuk pembelian tiket boleh dapatkan di www.ticketpro.com.my

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post