“Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul” – Syamel nafi mabuk di pusat hiburan

NAMA penyanyi Syamel tiba-tiba menjadi ‘panas’ apabila dikatakan telah berkunjung ke pusat hiburan dan didakwa mengambil minuman beralkohol sehingga mabuk.

 

 

"Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul" - Syamel nafi mabuk di pusat hiburan

“Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul” – Syamel nafi mabuk di pusat hiburan

 

Syamel atau nama sebenarnya, Syamel Aqmal Mohd Fodzly mengatakan kontroversi yang mengaitkan namanya dengan alkohol seperti yang dihebohkan itu sedikit pun tidak mencalarkan imej.

Dia merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada tuhan kerana kontroversi panas yang melanda diri itu tidak menggugat perjalanan karier sebagai anak seni yang mula dibina sejak 2015.

“Perkara itu sama sekali tidak mengganggu fikiran saya walaupun ada beberapa individu yang secara terang-terangan mengakui untuk berhenti meminati saya.

 

“Saya menganggap golongan yang membuat keputusan seperti itu hanya suka pada lagu dan bukannya sayang kerana bakat. Situasi ini umpama bunga.

“Yang suka akan petik, yang sayang akan jaga dan siram,” katanya lapor Harian Metro.

Tambahnya lagi, dia beranggapan orang ramai hanya melihat pada tajuk semata tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan kontroversi itu telah dijelaskan olehnya.

“Saya rasa mereka hanya melihat tajuk berita tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan saya sudah jelas kan isu berkenaan.

“Bagi saya, satu kerugian pada mereka kerana mereka hanya menilai dari segi luaran,” kata Syamel.

Berikutan itu, Syamel mengatakan bahawa sedikitpun dia tidak terkilan mahupun kecewa tentang perkara itu.

Baginya, perkara seperti itu hanya isu yang kecil dan tidak tahu pucuk pangkal cerita sebenar.

“Saya sudah jelas akan perkara itu sebelum ini. Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul dan saya yakin, perkara itu tidak menjejaskan reputasi saya sebagai penyanyi,” ujarnya.

Nama jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini kian dikenali menerusi program Duo Starbila digandingkan dengan penyanyi, Ernie Zakri melalui lagu Aku Cinta ciptaan Syamel sendiri.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

 



Sumber “Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul” – Syamel nafi mabuk di pusat hiburan

Post a Comment

Previous Post Next Post