Emma Akma Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Umum sudah pun tahu kes perceraian pelakon Emma Akma dengan bekas suaminya Omar Ramli. Walau bagaimanapun, anak angkat Emma iaitu Dayang Izzati, 11, juga merupakan anak kandung kepada bekas suaminya masih lagi di bawah jagaan Emma.

Menurut pelakon ini sendiri, dia masih tetap mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya sebagaimana sebelum ini.

Baca: EMMA AKMA BAKAL AKHIRI ZAMAN JANDA

"Sejak Izzati berusia tiga bulan lagi saya sudah mempunyai hak penjagaan penuh terhadapnya. Selepas apa yang sudah berlaku, saya rasa mungkin lebih baik dia tidak berjumpa Izzati. Ini kerana anaknya itu sendiri pun sudah tidak mahu berjumpa dengannya dan turut berasa kesal dengan apa yang terjadi ini.

"Perkara ini Izzati sendiri sudah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Malah ketika saya sakit dia juga yang menjaga saya selain anak kandung saya," ujarnya.

Baca: AWIE HILANG HAK PENJAGAAN ANAK

Terdahulu Emma dan Omar mendirikan rumah tangga pada 9 Jun tahun lalu dan sah bercerai pada 14 Januari lalu selepas Emma membuat permohonan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada Ogos 2015.
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post