OSLO, Norway – Seorang remaja berusia 19 tahun di sini disenaraikan sebagai billionair terrmuda di dunia kerana sudah memiliki kekayaan sebanyak AS$1.2 billion (RM4.95 billion) pada umur tersebut.
Alexandra Andresen, bagaimanapun cuma berada pada kedudukan 1,476 di dalam senarai jutawan yang dikeluarkan oleh majalah Forbes pada tahun ini.
Alexandra berkongsi tempat yang sama dengan kakaknya, Katharina Andresen, 20 , yang turut sama menguasai 42.2 peratus saham syarikat milik keluarga mereka, Ferd.
Biarpun disenaraikan dalam golongan billionair, gadis-gadis terbabit masih hidup dsecara sederhana dan cuma menggunakan kenderaan terpakai atas gesaan bapa mereka, Johan H. Andersen.
“Apabila diumumkan sebagai remaja terkaya di dunia, saya menerima 500 pengikut baharu di Instagram,” ujarnya sebagaimana lapor Kosmo!.
Keluarga Alexandra terbabit dalam industri tembakau sejak berabad lalu dan telah menjual saham mereka pada tahun 2005 Skandinavisk Tobakskompagni dengan harga hampir $500 juta. Kini syarikat terbabit giat dalam bidang pegangan ekuiti swasta, hartanah, pelaburan keselamatan dan dana lindung nilai. - Siakapkeli.my
Tags:
OMG