Gelaran Ratu Cantik Dilucut Kerana Berlagak

Miss Universe Dilucutkan Gelaran Kerana Berlagak | Kristhielee Caride, 24, yang dinobatkan sebagai Ratu Cantik Puerto Rico 2016 empat bulan lalu dilucutkan gelarannya pada 17 Mac lepas kerana sikap sambil lewa di dalam satu temu bual dan kenyataan beliau tidak sukakan kamera. 

Gelaran Ratu Cantik Dilucut Kerana Berlagak

Pelucutan gelaran itu diumumkan oleh pengarah organisasi Ratu Cantik Puerto Rico, Desiree Lowry. 

Miss Universe Dilucutkan Gelaran Kerana Berlagak
Desiree Lowry

“Saya telah menyaksikan kemusnahan yang telah beliau lakukan pada dirinya dan organisasi ini,” kata Lowry. 

Menurut kenyataan Lowry kepada agensi Associated Press, sebagai seorang ratu cantik, anda harus bersedia untuk berhadapan dengan kamera dan diajukan soalan. 

“Kamu harus bersedia untuk berhadapan dengan kamera dan menjawab apa sahaja soalan yang diutarakan.” 

Tambah Lowry lagi, Caride tidak memohon maaf diatas kesalahan yang dilakukan malah turut membatalkan sidang media yang lain tanpa sebarang pemberitahuan. 

Caride melalui salah satu posting di Facebooknya menyatakan bukan niat dia untuk bersikap sedemikian atau merosakkan imej mereka yang telah membantu beliau mencapai kedudukan yang dikecapinya itu. 

Namun beliau terpaksa akur dengan keputusan drastik itu walaupun tidak bersetuju dengan pihak pengurusan Ratu Cantik Puerto Rico. 

Miss Universe Dilucutkan Gelaran Kerana Berlagak
Brenda Jimenez

Tempat Caride akan digantikan oleh pemenang tempat kedua, Brenda Jimenez yang akan mewakili Puerto Rico di pentas Miss Universe 2016 kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post