Hukum Isteri Keluar Dengan Lelaki Lain Walau Dapat Keizinan Suami

Isteri Berdosa Keluar Dengan Lelaki Lain Walau Dengan Keizinan Suami | Perkara ini nampak mudah. Namun sangat berat sebenarnya. Persoalan berdosakah seorang wanita bergelar isteri orang jika keluar dengan lelaki lain meskipun dapat keizinan suami akan dijawab di sini.

Hukum Isteri Keluar Dengan Lelaki Lain Walau Dapat Keizinan Suami

SOALAN 

Apakah hukumnya seorang isteri keluar dengan lelaki lain tanpa mendapat kebenaran suaminya terlebih dahulu? Untuk makluman ustaz, mereka tidak melakukan maksiat, hanya ingin makan tengah hari bersama. 

JAWAPAN 

Berdosalah seorang isteri yang keluar dengan lelaki lain, walaupun dengan izin suaminya. 

Perbuatan ini boleh menjadi sebab turunya bala atau bencana terhadap si isteri. Meskipun mereka tidak melakukan maksiat, dikhuatiri suatu hari nanti mereka akan terjerumus ke dalamnya. 

Rasulullah bersabda: 

"Ketahuilah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan yang ketiganya ialah syaitan," 

(Riwayat a;'Tirmizi) 

Perbuatan membelakangkan suami amat dibenci Allah dan boleh menggugurkan hak nafkah isteri kerana telah curang. Oleh itu, kita hendaklah berlindung dengan Allah daripada dorongan nafsu untuk berbuat demikian.

Isteri Berdosa Keluar Dengan Lelaki Lain Walau Dengan Keizinan Suami

Post a Comment

Previous Post Next Post