YATT Hamzah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila tayar kereta yang dipandunya pecah, menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan ketika dalam perjalanan pulang dari Temerloh menghala ke Kuala Lumpur.
Menurut Yatt ketika kejadian dia bersama kakak ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas program Jelajah Ikim di Mentakab.
Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak itu menyaksikan kereta yang dipandunya berpusing beberapa kali sebelum melanggar pembahagi jalan.
Yatt memberitahu mereka bertiga berada dalam keadaan yang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengalami trauma.
“Alhamdulillah kami bertiga selamat dan tidak memgalami apa-apa kecederaan. Tetapi saya masih terkejut dan trauma dengan apa yang telah berlaku,” ujar Yatt.
Sama-sama kita doakan semoga Yatt segera pulih daripada trauma yang dialaminya. – MYNEWSHUB.CC
Tags:
OMG